Thursday 30 June 2011

TAK TAHU KENA SERVIS SEHINGGALAH AIR KELUAR KECIL

Salam,

Apa khabar?

Minggu lepas, saya dihubungi oleh pengguna daripada Kempas, Johor Bahru. Katanya air penapis air bioaura dia keluar terlalu kecil. Dia dan suami sibuk bekerja dan tak sempat nak ke stokis, dan bertanya jika boleh datang waktu malam dengan beria-ia. Kebetulan saya free malam tu, maka saya kata datanglah ke rumah.
..servis baik punya.

Soalan cepumas saya, "Berapa tahun dah guna?". Jawapnya, "Hampir 2 tahun". Terus saya dapat jawapan masalah penapis air bioauranya, iaitu perlu diganti filter A, B dan C. Kebetulan stok ada di rumah, setelah dipersetujui, maka saya terus menggantikan filter tersebut. Aha! Selesai masalah. Alhamdulillah. Air  keluar laju kembali.

Saya bertanya lagi, "Kenapa tak ganti ketika 1 tahun". Jawapan cepumas plak, "Masa saya beli, tak ada plak penjual tu kata kena ganti apa-apa". Saya berkata, "Itu perkara biasa, samada penjual tu  tak tahu atau memang sengaja tak nak beritau supaya barangnya terjual.". Inilah sebab utama kami mengwujudkan blog ini untuk membantu.

Sebenarnya semuanya tentang jadual penggantian filter telah tertulis di buku kecil manual penggunaan yang dibekalkan bersama penapis air bioaura. Mungkin kita terlepas pandang.

Ada kes, kerana  terlalu  lewat menukar filter A,B dan C (lebih 3 tahun),  bila dicabut tabung filter A-F, terdapat kesan-kesan karat sampai ke filter E. Cukup berbahaya. Ini yang kita nampak. Macammana dengan kuman dan bahan-bahan bahaya lain yang tidak kelihatan??? Akhirnya terpaksa diganti filter A-E.

Saya menasihatkan jangan takut untuk keluarkan sedikit wang untuk menggantikan filter ABC kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar dengan mengganti kesemua filter A-F. Lebih rugi lagi jika kesihatan kita dan keluarga terjejas.

Jom tukar sekarang!!! Hariraya pun dah hampir tiba!!!

Untuk membantu anda berjimat, kami ingin membuat promosi istimewa hariraya, order filter A,B,C sekaligus, PERCUMA kos kourier. JIMAT RM10!!!!!!!!

Apa lagi!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...