KENALI SAYA

Siapa Saya?

Nama saya Arifin Shah. Saya berkelulusan Kejuruteraan Elektrik dari University of Sheffield, United Kingdom. Saya meninggalkan kerjaya sebagai jurutera pakar di syarikat konsultan minyak dan gas untuk meneruskan cita-cita saya terbang bebas minda, masa dan wang sebelum berumur 40 tahun, dan terlibat dalam bidang keusahawanan. Semua ini mustahil kecuali kita mengubah minda kita kepada 'Mind Your Own Business'.

Kenapa Saya Membina Blog Ini?

Saya mempunyai 'passion' atau kesukaan di sudut hati untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka. Saya bersyukur dan gembira apabila melihat orang lain gembira dan tersenyum.

Saya memiliki stokis Penapis Air Bioaura dan saya sering mendapat panggilan bertanyakan tentang servis dan di mana ingin mendapatkan alat-alat ganti terutama tabung filter. Ada yang sudah 3 tahun tidak berganti tabung filter A, B dan C kerana tidak tahu di mana mahu mencarinya. Paling menyedihkan ada yang tidak tahu menahu yang tabung filter perlu ditukar mengikut tempoh kerana penjualnya tidak memberitahunya apa-apa. Mereka mengganti tabung filter A sahaja, itupun sebab telah pecah.

Saya mengambil inisiatif membina blog ini supaya dapat membantu dan mendidik pengguna-pengguna Penapis Air Bioaura melakukan servis yang sempurna mengikut tarikh pertukaran yang ditetapkan, dan dapat meminum air Penapis Air Bioaura dengan nikmat, selamat dan kualiti yang terbaik, tanpa sebarang pencemaran.

Air adalah Nadi Kehidupan.

Sahabat Bioaura Anda,

Arifin Shah
Admin PakarServisBioaura.blogspot.com
013-770 0307
smart.arifin@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...