Thursday 30 June 2011

TAK TAHU KENA SERVIS SEHINGGALAH AIR KELUAR KECIL

Salam,

Apa khabar?

Minggu lepas, saya dihubungi oleh pengguna daripada Kempas, Johor Bahru. Katanya air penapis air bioaura dia keluar terlalu kecil. Dia dan suami sibuk bekerja dan tak sempat nak ke stokis, dan bertanya jika boleh datang waktu malam dengan beria-ia. Kebetulan saya free malam tu, maka saya kata datanglah ke rumah.
..servis baik punya.

Soalan cepumas saya, "Berapa tahun dah guna?". Jawapnya, "Hampir 2 tahun". Terus saya dapat jawapan masalah penapis air bioauranya, iaitu perlu diganti filter A, B dan C. Kebetulan stok ada di rumah, setelah dipersetujui, maka saya terus menggantikan filter tersebut. Aha! Selesai masalah. Alhamdulillah. Air  keluar laju kembali.

Saya bertanya lagi, "Kenapa tak ganti ketika 1 tahun". Jawapan cepumas plak, "Masa saya beli, tak ada plak penjual tu kata kena ganti apa-apa". Saya berkata, "Itu perkara biasa, samada penjual tu  tak tahu atau memang sengaja tak nak beritau supaya barangnya terjual.". Inilah sebab utama kami mengwujudkan blog ini untuk membantu.

Sebenarnya semuanya tentang jadual penggantian filter telah tertulis di buku kecil manual penggunaan yang dibekalkan bersama penapis air bioaura. Mungkin kita terlepas pandang.

Ada kes, kerana  terlalu  lewat menukar filter A,B dan C (lebih 3 tahun),  bila dicabut tabung filter A-F, terdapat kesan-kesan karat sampai ke filter E. Cukup berbahaya. Ini yang kita nampak. Macammana dengan kuman dan bahan-bahan bahaya lain yang tidak kelihatan??? Akhirnya terpaksa diganti filter A-E.

Saya menasihatkan jangan takut untuk keluarkan sedikit wang untuk menggantikan filter ABC kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar dengan mengganti kesemua filter A-F. Lebih rugi lagi jika kesihatan kita dan keluarga terjejas.

Jom tukar sekarang!!! Hariraya pun dah hampir tiba!!!

Untuk membantu anda berjimat, kami ingin membuat promosi istimewa hariraya, order filter A,B,C sekaligus, PERCUMA kos kourier. JIMAT RM10!!!!!!!!

Apa lagi!!

Sunday 8 May 2011

Servis Terbaek!!!!!!


Berkesempatan menghantar tabung filter ke biz partner di Kulai. Kebetulan kami lalu di kawasan tersebut....dan order pun boleh tahan banyaknya...beribu-riban jugak.

Kami tabik springggg kat biz partner tersebut kerana servis selepas jualan yang baik. Memang terbaekkk!!!! Beruntunglah sesiapa yang membeli daripada beliau.

Sesiapa yang membaca blog ini dan tidak mendapat servis terbaekkkk seperti biz partner di atas....usah risau..kami di PakarServisBioaura.Blogspot.Com sentiasa ada di sisi anda. Kami komited 100% memberikan servis yang  terbaeekkkk buat anda.

Selamat minum air bersih, sihat dan bertenaga!!!

Order Online: Mudah-Jimat-Selamat.

Happy2 selalu..;)

Arifin Syah
013-7700307

Thursday 5 May 2011

Jom klik LIKE dan Menangi Barangan Elektrik!

Salam Pengguna2 Setia Bioaura,

Untuk lebih memperhebatkan perkhidmatan servis bioaura ini dan pastinya untuk anda juga, kami telah menyediakan Facebook Page untuk berkongsi tip-tip servis Penapis Air Bioaura supaya anda dapat menikmati kebaikan Penapis Air Bioaura sepenuhnya.

>>>Klik Di Sini<<<

Sebagai menghargai kesudian anda, dan supaya hidup lebih ceria dan gembira,  >>>LIKE<<< facebook page Servis Penapis Air Bioaura, kita akan membuat cabutan bertuah pertama bila >>>LIKE<<< mencapai 99 orang. Hadiahnya ialah barangan elektrik.


Jom >>>LIKE<<< sekarang dan Menangi Hadiah Cabutan Bertuah.

>>>Klik Di Sini<<<


Monday 2 May 2011

Order Terbaru Tabung Penapis Air Bioaura dan Tapak Tabung Dari Selangor dan Melaka


Salam Pengguna Bioaura Yang Dikasihi,

Selamat Hari Pekerja. Semoga kita menunaikan amanah kerja dengan penuh komitmen semata-mata mencari keredhan-Nya.

Gambar di atas menunjukkan order Tabung Penapis Air Bioaura yang telah dibungkus daripada Selangor dan Melaka. Kami menggunakan kourier servis SKYNET. Biasa-biasa 1 hari akan terima order anda. Pastikan anda memberikan alamat yang ada orang ataupun alamat opis.

Terima kasih di atas sokongan anda.

Servislah Bioaura Anda Mengikut Jadual Untuk Mengelakan Meminum Air Tercemar dan Berkuman.

Order Online: Mudah-Jimat-Selamat.
Jimat Masa-Jimat Minyak-Jimat Wang.

Pakar Servis Bioaura Anda,

Arifin Syah

013-770 0307.

Tuesday 26 April 2011

Fungsi Setiap Tabung Penapis Air Bioaura dan Kepentingan Servis Mengikut Jadual.


Salam Semua,

Post kali ini saya nak buat ulangkaji tentang fungsi-fungsi setiap penapis air Bioaura (Mcm sekolah nak amik exam plak).
Kenapa, apa pentingnya ek?

Supaya kita sedar akan kepentingan melakukan servis yang mengikut jadual. Servis yang tidak mengikut jadual, boleh menyebabkan tabung penapis air tersebut tidak berfungsi dengan baik (mcm kereta yg tidak diservis akan rasa berat dan boleh jem),  tercemar dengan kuman dan beracun. Jadi samalah seperti kita meminum air yang tidak di tapis ataupun dimasak.

Maaf jika saya macam menakut-nakutkan, walaupun berat, saya terpaksa berkongsi demi kebaikan kita bersama.


Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria.
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bakteria.
Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

Teknologi penukar tenaga memecahkan kelompok molekul air yang besar kepada kelompok yang lebih kecil supaya diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.



Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.

Contoh Pengedar Penapis Air Bioaura Yang Servis Tip Top.

Salam Semua,

Hari ini seorang pengedar Penapis Air Bioaura datang ke stokis dan membeli 6 set Tabung Penapis Air Bioaura A/B/C sekaligus. 6 set bermaksud 6set x 3 tabung A/B/C=18 tabung. Pastinya bukan untuk diri sendiri, tapi untuk pengguna-pengguna yang membeli daripadanya.

Tahniah! Inilah contoh pengedar penapis air bioaura yang servis tip top.

Kami juga menyediakan servis pembelian alat ganti secara online. Jimat Masa- Jimat Minyak- Pastinya Jimat RM.

Senyum2 selalu....
Arifin Shah
PakarServisBioaura.blogspot.com

Friday 22 April 2011

Sumbangan Penapis Air Bioaura Kepada NGO Dakwah



قُلْ لِعِبَادِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا يُقِيْمُوْا الصَّلاَةَ وَيُنْفِقُوْا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لاَ بَيْعٌ فِيْهِ وَلاَ خِلاَلٌ (ابراهيم: 31)

“Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari kiamat yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan” (Surah Ibrahim: 31)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...