Tuesday 26 April 2011

Fungsi Setiap Tabung Penapis Air Bioaura dan Kepentingan Servis Mengikut Jadual.


Salam Semua,

Post kali ini saya nak buat ulangkaji tentang fungsi-fungsi setiap penapis air Bioaura (Mcm sekolah nak amik exam plak).
Kenapa, apa pentingnya ek?

Supaya kita sedar akan kepentingan melakukan servis yang mengikut jadual. Servis yang tidak mengikut jadual, boleh menyebabkan tabung penapis air tersebut tidak berfungsi dengan baik (mcm kereta yg tidak diservis akan rasa berat dan boleh jem),  tercemar dengan kuman dan beracun. Jadi samalah seperti kita meminum air yang tidak di tapis ataupun dimasak.

Maaf jika saya macam menakut-nakutkan, walaupun berat, saya terpaksa berkongsi demi kebaikan kita bersama.


Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria.
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bakteria.
Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

Teknologi penukar tenaga memecahkan kelompok molekul air yang besar kepada kelompok yang lebih kecil supaya diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.



Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.

Contoh Pengedar Penapis Air Bioaura Yang Servis Tip Top.

Salam Semua,

Hari ini seorang pengedar Penapis Air Bioaura datang ke stokis dan membeli 6 set Tabung Penapis Air Bioaura A/B/C sekaligus. 6 set bermaksud 6set x 3 tabung A/B/C=18 tabung. Pastinya bukan untuk diri sendiri, tapi untuk pengguna-pengguna yang membeli daripadanya.

Tahniah! Inilah contoh pengedar penapis air bioaura yang servis tip top.

Kami juga menyediakan servis pembelian alat ganti secara online. Jimat Masa- Jimat Minyak- Pastinya Jimat RM.

Senyum2 selalu....
Arifin Shah
PakarServisBioaura.blogspot.com

Friday 22 April 2011

Sumbangan Penapis Air Bioaura Kepada NGO Dakwah



قُلْ لِعِبَادِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا يُقِيْمُوْا الصَّلاَةَ وَيُنْفِقُوْا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لاَ بَيْعٌ فِيْهِ وَلاَ خِلاَلٌ (ابراهيم: 31)

“Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari kiamat yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan” (Surah Ibrahim: 31)

Friday 15 April 2011

Tukar Background Blog Dengan Tema Penapis Air Bioaura

Salam,

Adakah anda mendapat maafaat daripada  khutbah Jumaat hari ini? (Soalan ekslusif untuk lelaki sahaja)

Alhamdulillah dpt idea nak tukar tema background kepada warna biru laut dan mmg gambo laut pun kerana warna korporat Penapis Air Bioaura ada warna biru laut.

Air adalah memenuhi 70% mukabumi ini dan termasuklah 70% tubuh badan kita. Minumlah air secukupnya sekurang-kurang 8 gelas sehari, dan pastikan minum air yang berkualiti tinggi, ada kesan terapi dan bertenaga seperti air penapis air Bioaura.

Bagi yang sudah lama menggunakan Penapis Air Bioaura, diucapkan tahniah dan jangan lupa servis dengan menukar tabung filter bila sampai waktunya. ABC-1 tahun, DE-3 tahun dan F-5 tahun.

Beli Online: Mudah-Jimat-Selamat.
Jimat Masa, Jimat Minyak....dan Jimat Wang.

Sahabat Bioaura Anda,
Arifin Shah
013-770 0307

Thursday 14 April 2011

Tabung Penapis Air Bioaura Macam Pisang Goreng Panas

Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini?

Saya sihat2 lebih2 lagi mengamalkan minum air bioaura...;))

Beberapa hari lepas saya ada postkan tentang stok yang baru sampai. Tak sampai beberapa hari dah nak kena order baru.

Alhamdulillah, order tabung Penapis Air Bioaura secara online semakin hari semakin meningkat. Beli barang secara online sudah menjadi trend terkini kerana ia mudah, jimat masa, jimat minyak dan jimat wang. Di samping pusat jualan bioaura yang terhad.

Dulu orang takut untuk membeli secara online sebab takut tertipu. Tapi lain dulu lain sekarang. Pembelian secara online semakin dipercayai dan ada kredibiti. Ramai yang ikhlas mencari rezeki di internet. Sebagai tanda keikhlasan ialah mereka meletakkan gambar mereka sendiri.

Terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan anda. Komitmen kami akan sentiasa memastikan stok tidak keputusan.

Selamat minum air berkualiti tinggi, bertenaga dan mempunyai kesan terapi.

Senyum2 selalu..;)

Arifin Shah
013-770 0307

Tuesday 12 April 2011

Berbaloikah Pin??

Salam,

Ada orang bertanya,  "Berbaloikah kau jual tabung filter ni???".

Penapis Air Bioaura Spare Part Alat Ganti


Memanglah tak berbaloi....tak  masyukkkk sangat pun...ta pi dah dikurniakan Allah jiwa yang suka menolong orang ataupun buat kerja kebajikan...orgtua kata kerja welfare. Kerja amal jariah hanya mengharap keberkatan dari Allah Yang Maha Pemurah, supaya anak-anak kecil dan orang-orang tua dapat minum air yang bersih, berkhasiat dan bertenaga.

Bila orang datang stokis beli tabung filter, ganti sebab dah pecah. Tanya dah guna berapa lama...ada yang dah sampai 3 tahun..tak pernah ganti...kes haru ada yang filter ceramic A pun tak pernah cuci. Bila ditanya kenapa...jawabnya penjual tak pernah beritau dan bila dihubungi sudah offline...;))

Dapat ilham, kalau di sini ramai orang macam di atas, di tempat lain apa lagi...dan cara paling mudah untuk mengakses ramai orang ialah melalui internet.

Semoga anda mendapat manfaat daripada blog.

Ikhlas,
Arifin Shah
Admin PakarServisBioaura.blogspot.com
013-770 0307

Tips Jika Penapis Air Bioaura Anda Tak Keluar Air

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu di ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Rangkaian Tadika Iman kerana menggunakan Penapis Air Bioaura. Ini untuk memastikan kualiti air yg diminum oleh kanak-kanak di bawah jagaan mereka adalah terbaeeekkkk. Dengar cerita siap ada yg 'tapow' bawa balik ke rumah...hi2..pujuklah ibuayah beli satu..;)) Mereka risau disebabkan sesetengah tadika mereka berada di kawasan lama dan paip telah berkarat.

Sebagai sumbangan tanggungjawab sosial kami,  kami memberikan servis percuma  kepada pihak Iman. Kami feeeeel gooddd bila tengok anak-anak menyambut kami dan bersalam-salaman dengan kami. Doakan kami kaya dan berjaya ya dik.

Tengahari tadi berkesempatan ke Rangkaian Tadika Iman di Taman Universiti, Skudai. Dapat panggilan 999, air tak keluar. Kena sempatkan diri sebabkan kasihankan budak-budak nanti minum air berkualiti rendah.

Selesai di Tadika, dpt info PUJI (Pusat Jagaan Iman) di depan air keluar kecil. Alhamdulillah semua masalah dapat diselesaikan. Paling kelakar ada seorang kanak-kanak yang memanggil saya ayah disebabkan sama2 memakai cermin mata...;))

Jom kita buat kajian kes, kot2 boleh digunapakai kalau anda mempunyai masalah yang sama.

Penapis Air Bioaura Spare Part Alat Ganti

 Gambar di atas....handle diverter valve (ini bahasa teknikal...senang citer pemegang kepala paip)...tercabut...dan bila asyik pusing kanan...pusing kiri...pusing depan...pusing belakang...akhirnya kedudukan bebola dalam diverter valve tak betul...hasilnya air tak keluar..

Penyelesaiannya...pusing depan...pusing belakang...pusing depan balik...sehingga air keluar dari lubang kecil...pening2 lalat tak baca. Kami telah ganti skru baru supaya handle diverter valve tu tak tanggal lagi.


Gambar di atas...bila running air..tup2 air keluar kecil mcm tuttttttt...tengok filter A kotor...cuba cuci guna sponge..tapi tak tanggal jugak kekotoran tu...masih coklat pekat gak..biasanya kalau lumpur atau yang sewaktu dengannya akan hilang kalau dicuci dengan sponge atau berus gigi..ini kes karat...melekattttttttttt.

Penyelesaiannya seperti gambar dibawah....lihat dibawah Tuan2 dan Puan2..


 Yeaayyyyy.....kena cuci dengan belakang pisau (teringat pulak peribahasa, belakang pisau lagikan tajam)...hati2 ketika menekan pisau..jangan terlalu kuat takut patah filter ceramic tu..pastikan tiada kanak-kanak di sebelah anda....kikis lapisan luar sahaja bagi karat hilang...sampai putih mana??...lihat hasilnya di gambar bawah....


Aha! Mcm ni jek...kalau nak putih lagi kena guna krim Bioever (hi2...acah jek)....hasilnya menakjubkan...air keluar laju selaju kereta ferari...sampai terpercik kena baju aku yang kemas tu...ehem..;))...teringat sekali tu ada orang  tegur...hensem dan  kemas betul org yang datang servis ni...hi2..bukan susah sangat pun.

Jika anda masih ingin bertanya, sila tuliskan di ruang komen di bawah. Terima kasih.

TEAM SERVIS BERGERAK>>>

Selamat minum air bersih dan bertenaga nano.

Senyum2 selalu,

Arifin
013-770 0307

Yeayy!!! Stok baru Tabung Penapis Air Bioaura dah sampai!!!




12 April 2011 - Alhamdulillah, stok baru sudah sampai semalam. Pagi ini ada seorang tu dah amik 8 tabung filter Penapis Air Bioaura . Memang macam goreng pisang panas. Don't worry...tanggungjawab kami memastikan stok tabung filter Penapis Air Bioaura tidak keputusan.

Kali ini kami order banyak tiub biru/putih disebabkan terlalu banyak permintaan. Maklumlah sekarang Penapis Air Bioaura sudah berusia lebih kurang 4 tahun. Satu lagi mungkin jadi reput disebabkan di pasang di tepi tingkap dan terdedah kepada cahaya matahari.

Jika anda berminat nak order spare part Penapis Air Bioaura, sila tinggalkan no handphone di bawah ataupun paling senang, anda SMS atau telefon no saya di 013-770 0307

Order Online - Jimat Masa...Jimat Minyak..Jimat Wang.

ORDER DI SINI>>>

Saturday 9 April 2011

Selamat Datang ke Blog Khas Servis dan Spart Part Penapis Air Bioaura

Salam Semua,

بسم الله الرحمن الرحيم
Saya mulakan post saya yang pertama ini dengan lafaz yang mulia. Semoga blog ini diberkati dan dirahmati oleh Allah Taala, dan memberi manfaat kepada ramai orang.

Setelah mendapat sambutan yang amat-amat menggalakan di dalam blog saya yg sebelumnya, saya mengambil keputusan untuk membina blog yang lebih tersusun sempurna.


Saya berniat amal ini sebagai amal jariah saya kepada pengguna-pengguna Penapis Air Bioaura. Saya pasti ramai yang menggunakan Penapis Air yang hebat ini, tapi masalahnya mereka tidak dididik tentang cara servisnya, berapa lama tabung filter perlu diganti baru dan sebagainya.


Mungkin ini disebabkan kalau mereka ibubapa di  kampung, mungkin Penapis Air Bioaura dihadiahkan oleh anak-anaknya yang dibandar, mungkin beli dengan kawan-kawan yang sekarang sudah tak buat bisnes ini lagi, jadi pandai-pandailah nak servis sendiri dan pelbagai sebab lain lagi.


Saya merasakan ini berita baik buat pengguna-pengguna Penapis Air Bioaura kerana anda tak perlu risau lagi. Kami ada menyediakan pembelian secara online. Insyaallah order hari ini, besok sampai dengan selamatnya. Moto kami, 'Jimat Masa- Jimat Minyak- Jimat Wang'.


Kami juga ada menyediakan Team Servis Bioaura Bergerak tapi terhad kepada Johor Bahru, Melaka dan Shah Alam sahaja. Kami akan cuba mengembangkan di tempat lain.

Secara ikhlas, saya inginkan pengguna-pengguna Penapis Air Bioaura mendapat manfaat semaksima mungkin daripada air Penapis Air Bioaura ini, dan seperti barang buatan manusia yang lain (kereta, motosikal dll), ia perlu di servis dan diganti mana yang perlu mengikut masa yang ditetapkan, untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.


Setelah survey dibuat, kos servis bioaura adalah yang  paling murah berbanding dengan jenama lain.


Jumpa lagi.


Sahabat Bioaura Anda,


Arifin Shah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...