Saturday 9 April 2011

Selamat Datang ke Blog Khas Servis dan Spart Part Penapis Air Bioaura

Salam Semua,

بسم الله الرحمن الرحيم
Saya mulakan post saya yang pertama ini dengan lafaz yang mulia. Semoga blog ini diberkati dan dirahmati oleh Allah Taala, dan memberi manfaat kepada ramai orang.

Setelah mendapat sambutan yang amat-amat menggalakan di dalam blog saya yg sebelumnya, saya mengambil keputusan untuk membina blog yang lebih tersusun sempurna.


Saya berniat amal ini sebagai amal jariah saya kepada pengguna-pengguna Penapis Air Bioaura. Saya pasti ramai yang menggunakan Penapis Air yang hebat ini, tapi masalahnya mereka tidak dididik tentang cara servisnya, berapa lama tabung filter perlu diganti baru dan sebagainya.


Mungkin ini disebabkan kalau mereka ibubapa di  kampung, mungkin Penapis Air Bioaura dihadiahkan oleh anak-anaknya yang dibandar, mungkin beli dengan kawan-kawan yang sekarang sudah tak buat bisnes ini lagi, jadi pandai-pandailah nak servis sendiri dan pelbagai sebab lain lagi.


Saya merasakan ini berita baik buat pengguna-pengguna Penapis Air Bioaura kerana anda tak perlu risau lagi. Kami ada menyediakan pembelian secara online. Insyaallah order hari ini, besok sampai dengan selamatnya. Moto kami, 'Jimat Masa- Jimat Minyak- Jimat Wang'.


Kami juga ada menyediakan Team Servis Bioaura Bergerak tapi terhad kepada Johor Bahru, Melaka dan Shah Alam sahaja. Kami akan cuba mengembangkan di tempat lain.

Secara ikhlas, saya inginkan pengguna-pengguna Penapis Air Bioaura mendapat manfaat semaksima mungkin daripada air Penapis Air Bioaura ini, dan seperti barang buatan manusia yang lain (kereta, motosikal dll), ia perlu di servis dan diganti mana yang perlu mengikut masa yang ditetapkan, untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.


Setelah survey dibuat, kos servis bioaura adalah yang  paling murah berbanding dengan jenama lain.


Jumpa lagi.


Sahabat Bioaura Anda,


Arifin Shah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...